Friday, September 18, 2009

Pendaftaran baru PASTI AR-RAIHAN sesi 2010...




Assalamualaikum,
Surat memaklumkan kepada ibu bapa yang berhajat untuk meneruskan pra-persekolahan di PASTI AR-RAIHAN pada sesi 2010 telah pun diedarkan kepada pelajar-pelajar pada minggu terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sempena Aidilfitri.
Diharapkan agar ibu-bapa pelajar-pelajar PASTI AR-Raihan tahun 4 &5 pada sesi tahun ini dapat mengembalikan borang pendaftaran untuk sesi 2010 selewat-lewatnya sebelum 30-09-2009 untuk memudahkan pihak pengurusan PASTI AR-RAIHAN didalam membuat bancian pelajar bagi sesi akan datang. Bancian dalaman ini amat penting sebelum kami membuka pendaftaran kepada umum. Tempat adalah terhad. Insya-allah, kadar bayaran tidak berubah sama sepertimana sesi yang lepas . Pengecualian yuran tahunan sebanyak RM60 kepada pelajar-pelajar lama.
Sekian. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan.

Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan,
PASTI AR-RAIHAN,Bdr Bukit Mahkota.

No comments:

Post a Comment