Sunday, August 1, 2010

Sukan tahunan Pasti Ar-raihan 2010 meriah...







assalamualaikum,

Pada hari sabtu/31-7-2010 bertempat di Padang sek3 bdr bukit mahkota telah berlangsung Sukan tahunan Pasti Ar-Raihan 2010.Terima kasih diucapkan kepada ajk bertugas, ibu-bapa dan juga pelajar-pelajar diatas kerjasama yang diberikan. sampai jumpa lagi...

Wednesday, May 26, 2010

Lawatan pelajar PASTI AR-RAIHAN 2010...

Alhamdullilah,seramai 80 pelajar Pasti Ar-Raihan,Bdr Bukit Mahkota diiringi oleh 8 guru & 4 ajk pengurusan mengikuti lawatan ke Pusat Sains Negara & Taman Burung,Kuala Lumpur pada hari Sabtu/22-5-2010.

Tuesday, January 26, 2010

Hari Kecemerlangan Pasti Selangor


Institut Pertanian Malaysia, 07 Safar = 23 Januari (Sabtu):



Acara tahunan bagi meraikan anak-anak cemerlang pada tahun ini diadakan di Puchong yang Pasti Puchong menjadi Tuan Rumah. Seramai 41 anak-anak cemerlang yang mewakili kawasan-kawasan (22 kawasan) dari seluruh negeri diiringi guru-guru dan ibu bapa mereka hadir memenuhi dewan Institut Pertanian Serdang.. Anak-anak ini merupakan anak-anak cemerlang yang dipilih melalui saringan pada peringkat pasti, cawangan, kawasan dan negeri, iaitu dipilih dari seluruh Pasti di Negeri Selangor yang kini berjumlah 225 pasti yang murid-murid semuanya berjumlah serama 13,000 murid yang dibimbing oleh 886 guru.


Mereka yang terpilih ini akan dipilih pula pada peringkat pusat sebagai anak-anak cemerlang pada pereingkat Pusat yang difaham akan diadakan pada minggu hadapan. Puchong pada kali ini memilih Munawarah bt. Mahadi mewakili tahun 5 dan Akmal bin Azman mewakili Tahun 6. Mereka berdua antara murid-murid cemerlang terpilih pada peringkat negeri. Hadir pada hari kecemerlangan ADUN Bangi yang dijemput merasmikan Hari Kecemerlangan berkenaan, Ustaz Hasbullah bin Mohd Ridzwan Ketua Pemuda Pas Selangor yang juga selaku Pengarah Pasti Negeri Selangor, Tuan Syed Ahmad Thani Tuan Hadi selaku Pengarah Sambutan, Puan Norhayati Abdul Razak selaku Ketua Majlis Guru-Guru Pasti, tamu-tamu jemputan, guru-guru dan ibu bapa yang memenuhi dewan sambutan.


Dalam ucapan perasmiannya ADUN Bangi memuji AJK sambutan yang diketuai Pengarahnya Tuan Syed Ahmad Thani Tuan Hadi yang berjaya mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan Pasti pada hari itu dengan baik dan teratur. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang datang dari berbagai-bagai daerah Negeri Selangor kerana memberi galakan dan semangat kepada anak-anak. Beliau berharap mereka terus berbakti memupuk generasi umat dari peringkat semuda usia yang ditanam dengan nilai-nilai Islam bagi panduan hidup mereka pada masa hadapan. Beliau mengharap terutama kepada ibu bapa meneruskan penanaman nilai keislaman terhadap anak-anak pada peringkat-peringkat yang mereka akan lalui pada masa hadapan. Pilihlah pendidikan mereka seterus berpaksikan Islam. ADUN berharap mereka akan menjadi pelapis pimpinan Islam pada masa hadapan.


Manakala Ustaz Hasbullah bin Mohd Ridzwan selaku Pengarah Pasti Negeri Selangor dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan kecemerlangan murid-murid adalah dinilai dari segi akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sakhsiah Islam dalam program pendidikan Pasti. Penilaian ini secara tidak langsung juga menilai prestasi guru-guru dan sekolah yang diwakili anak-anak cemerlang. Pada tahun 2009 murid-murid menempuhi dua peperiksaan, pertengahan tahun pepereksaan di bawah Pasti negeri dan pada akhir tahun di bawah Pasti Pusat. Menurut UstazHasbullah pendidikan Pasti kini diterima sebagai pendidikan terbaik pada peringkat pra-sekolah. Dari bukti-bukti menunjukkan anak-anak yang melalui pendidikan Pasti pada kebiasaannya menjadi anak-anak yang maju dan terkehadapan apabila mereka menyambung pengajian pada peringkat sekolah rendah.


Berikut dari perasmian penyampaian sijil dan hadiah dilakukan oleh ADUN Bangi kepada anak-anak cemerlang yang berjubah akademik, manakala ibu bapa sebok merakamkan gambar saat gemilang dan bersejarah bagi anak-anak mereka. Acara bergambar beramai-ramai juga turut dilakukan.


Sekian.

Monday, January 11, 2010

PASTI Sasarkan 100,00 Pelajar Menjelang 2011


Batu Cave : Sambutan yang semakin menggalakkan daripada masyarakat kepada pendidikan Islam turut membantu memacu perkembangan PASTI ke arah membina generasi berteraskan Al-Quran dengan sasaran pelajar 100,000 orang menjelang tahun 2011.



Demikian tegas Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, En Abdul Kader Dewa semasa merasmikan Majlis Penutupan Kursus dan Taklimat Pengurusan Terkini Jabatan PASTI Malaysia di Bilik Seminar PASTI Malaysia. Hampir semua wakil negeri hadir termasuk dari Sabah.
Abdul Kader dan para peserta Kursus sedang berdialog

Setakat ini 64,000 pelajar sedang menuntut di PASTI seluruh Malaysia dan sasaran 100,00 menjelang 2011 akan tercapai. Dalam usaha memastikan sasaran 100,00 pelajar tercapai, pihak PASTI Malaysia telah merangka dan melaksanakan beberapa perancangan dan program yang boleh menambah bilangan pelajar ke PASTI. Antara program yang sedang berjalan dan akan menarik minat ibubapa untuk menghantar anak –anak ke PASTI ialah program Pra Tahfiz PASTI sepertimana yang telah diaplikasikan di PASTI Permata, Gombak. Setakat ini sudah ada pelajar yang Berjaya menghafaz surah-surah pendek seperti surah Al-Waqiah, Yaasin, Sajadah dan sebagainya.

Selain itu, Kelas Kaffah yang akan diadakan pada hujung minggu bagi kesinambungan pelajar lepas PASTI dijangkan akan membantu mencapai sasaran 100,00 pelajar. Kelas Kaffah yang telah dilaksanakan di Sembilan buah PASTI sebagai percubaan telah melibatkan lapan mata pelajaran. Empat matapelajaran akedemik dan empat mata pelajaran agama. Ianya dijangka akan berkembangan pada awal tahun ini.

Program K4T untuk pelajar empat tahun merupakan dimensi baru dalam pendidikan Pra sekolah. K4T yang lengkap dengan buku teks dijangkan menjadi pilihan tunggal ibubapa untuk menghantar anak-anak ke PASTI kerana rendahnya persaingan dengan pusat-pusat pendidikan Pra sekolah lain. Menurut, Abdul Kadir juga, mulai tahun depan peperiksaan K4T tidak lagi melibatkan ujian bertulis dan hanya berfokus kepada ujian personality sesuai dengan tema K4T yang menekankan konsep “belajar sambil bermain dan bermain sambil belajar”.

“PASTI menerima pertambahan pelajar yang amat menggalakkan terutama dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Selain itu, ada beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang menyertai PAS telah menyatakan janji dan keazaman untuk membuka beberapa buah PASTI dalam kawasan mereka” . Maklum Abdul Kader kepada semua peserta.

Thursday, January 7, 2010

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia




Share/Save/Bookmark

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.

Azrin bin Ab. Majid