Monday, September 28, 2009

Geran RM50 untuk kanak-kanak pra-sekolah



Kenyataan Penuh Exco Kerajaan Negeri Selangor berkenaan Geran RM50 kepada kanak-kanak pra-sekolah

Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi geran kepada setiap pra-sekolah di seluruh Selangor, sekurang-kurang RM50 seorang setiap bulan.

Ia bertujuan untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak seawal lima tahun untuk mengikuti kelas persediaan awal sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

Malah, ianya juga dapat meringankan beban ibu bapa menanggung kos pendidikan anak-anak mereka yang saban hari semakin meningkat.

“Sebenarnya kita merancang untuk memberikan geran perkapita tadika kepada tadika-tadika dijangka 50 ringgit seorang, satu kepala, kita jangka setiap bulan, kalau boleh, bukan pelajar islam saja, tapi semua tadika. Kita kalau boleh nak masukkan sekolah-sekolah, oleh kerana kekangan daripada kementerian, jadi kita terpaksa turun bawah sikit dan itu sebenarnya adalah lebih receptive (terbuka) dan lebih mudah untuk dibentuk”, kata Dr Halimah Ali.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), antara salah satu urusetia pras-sekolah swasta di seluruh Malaysia yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik semata-mata malah aspek kerohanian dan keagamaan turut diberi penekanan untuk melahirkan modal insan terbaik.

“Mereka sebenarnya diiktiraf oleh Tadika Kebangsaan Kementerian, mereka diiktiraf, sebab mereka yang buat kurikulum adalah orang pakar. Saya difahamkan juga mereka daripada PASTI ni bila masuk ke sekolah, adalah lebih bersedia, lebih boleh membaca, boleh berdoa, dan lebih hafal, tapi dari segi akademik pun mereka ni lebih terserlah sebab kurikulumnya memang diakui oleh kerajaan sendiri”, katanya lagi.

PASTI merupakan salah satu pra-sekolah alternatif di Selangor yang sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Negeri dalam memastikan ianya terus relevan agar memenuhi kehendak ibu bapa untuk melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Sehubungan itu, dengan keprihatinan kerajaan negeri, melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali telah merangka Model Pembangunan Modal Insan yang dikenali sebagai SPIES dalam usaha holistik untuk membina masyarakat cemerlang dan sentiasa menjadi warga masyarakat penyumbang yang produktif kepada pembangunan negeri Selangor.

“Ini di antara yang kita rancangkan, bukan PASTI sahaja, seluruh tadika di Selangor pra-sekolah termasuk pra-sekolah JAIS dan tadika-tadika lain, kita akan wujudkan Majlis Permaufakatan Tadika Selangor dan kita mahu modul SPIES sebagai dasar pembangunan modal insan negeri Selangor ini diserapkan ke dalam kurikulum tadika-tadika di seluruh Selangor”, jelasnya.

No comments:

Post a Comment