Tuesday, September 29, 2009

Tabung Kebajikan guru, ajk & pelajar PASTI...








































(SILA SERTAKAN DOKUMEN BUKTI SEPERTI SURAT AKAUAN BERSALIN, SURAT NIKAH, SURAT DOKTOR DAN LAIN-LAIN)

* TUNTUTAN ADALAH SAH BAGI PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM KHAIRAT YANG DILAMPIRKAN DAN PADA TAHUN BERKENAAN SAHAJA.

* KAWASAN-KAWASAN HENDAKLAH MENYERAHKAN BORANG INI KE PEJABAT PASTI NEGERI-(U.P SUK SAUDARA HAFIZ )

Direktori PASTI Negeri Selangor

Buletin Pasti Selangor..erat kerjasama dengan exco Kerajaan Negeri.

[buletin+Pasti+Selangor+2008.JPG]

Monday, September 28, 2009

Geran RM50 untuk kanak-kanak pra-sekolah



Kenyataan Penuh Exco Kerajaan Negeri Selangor berkenaan Geran RM50 kepada kanak-kanak pra-sekolah

Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi geran kepada setiap pra-sekolah di seluruh Selangor, sekurang-kurang RM50 seorang setiap bulan.

Ia bertujuan untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak seawal lima tahun untuk mengikuti kelas persediaan awal sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

Malah, ianya juga dapat meringankan beban ibu bapa menanggung kos pendidikan anak-anak mereka yang saban hari semakin meningkat.

“Sebenarnya kita merancang untuk memberikan geran perkapita tadika kepada tadika-tadika dijangka 50 ringgit seorang, satu kepala, kita jangka setiap bulan, kalau boleh, bukan pelajar islam saja, tapi semua tadika. Kita kalau boleh nak masukkan sekolah-sekolah, oleh kerana kekangan daripada kementerian, jadi kita terpaksa turun bawah sikit dan itu sebenarnya adalah lebih receptive (terbuka) dan lebih mudah untuk dibentuk”, kata Dr Halimah Ali.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), antara salah satu urusetia pras-sekolah swasta di seluruh Malaysia yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik semata-mata malah aspek kerohanian dan keagamaan turut diberi penekanan untuk melahirkan modal insan terbaik.

“Mereka sebenarnya diiktiraf oleh Tadika Kebangsaan Kementerian, mereka diiktiraf, sebab mereka yang buat kurikulum adalah orang pakar. Saya difahamkan juga mereka daripada PASTI ni bila masuk ke sekolah, adalah lebih bersedia, lebih boleh membaca, boleh berdoa, dan lebih hafal, tapi dari segi akademik pun mereka ni lebih terserlah sebab kurikulumnya memang diakui oleh kerajaan sendiri”, katanya lagi.

PASTI merupakan salah satu pra-sekolah alternatif di Selangor yang sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Negeri dalam memastikan ianya terus relevan agar memenuhi kehendak ibu bapa untuk melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Sehubungan itu, dengan keprihatinan kerajaan negeri, melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali telah merangka Model Pembangunan Modal Insan yang dikenali sebagai SPIES dalam usaha holistik untuk membina masyarakat cemerlang dan sentiasa menjadi warga masyarakat penyumbang yang produktif kepada pembangunan negeri Selangor.

“Ini di antara yang kita rancangkan, bukan PASTI sahaja, seluruh tadika di Selangor pra-sekolah termasuk pra-sekolah JAIS dan tadika-tadika lain, kita akan wujudkan Majlis Permaufakatan Tadika Selangor dan kita mahu modul SPIES sebagai dasar pembangunan modal insan negeri Selangor ini diserapkan ke dalam kurikulum tadika-tadika di seluruh Selangor”, jelasnya.

Friday, September 18, 2009

Senarai buku teks PASTI...


Silibus 4 tahun

silibus_pasti_4_tahun_1.jpg


silibus_pasti_4_tahun_2.jpg

silibus_pasti_4_tahun_3.jpg

silibus_pasti_4_tahun_4.jpg

Marhaban Ya Ramadhan...

Kata Imam Al-Ghazali :
yang jauh itu
WAKTU,
yang dekat itu
MATI,
yang besar itu
NAFSU,
yang berat itu
AMANAH,
yang mudah itu
BERBUAT DOSA,
yang panjang itu
AMAL,SOLEH
yang indah itu
SALING MEMAAFKAN”

Moga Ibadah Puasa kita di berkati Allah hendaknya...


Berikut adalah amalan Rasulullah saw di bulan Ramadhan


Jadual diatas adalah suatu muhasabah amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan.
Sila klik pada jadual tersebut untuk gambaran yang lebih jelas.

Pendaftaran baru PASTI AR-RAIHAN sesi 2010...




Assalamualaikum,
Surat memaklumkan kepada ibu bapa yang berhajat untuk meneruskan pra-persekolahan di PASTI AR-RAIHAN pada sesi 2010 telah pun diedarkan kepada pelajar-pelajar pada minggu terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sempena Aidilfitri.
Diharapkan agar ibu-bapa pelajar-pelajar PASTI AR-Raihan tahun 4 &5 pada sesi tahun ini dapat mengembalikan borang pendaftaran untuk sesi 2010 selewat-lewatnya sebelum 30-09-2009 untuk memudahkan pihak pengurusan PASTI AR-RAIHAN didalam membuat bancian pelajar bagi sesi akan datang. Bancian dalaman ini amat penting sebelum kami membuka pendaftaran kepada umum. Tempat adalah terhad. Insya-allah, kadar bayaran tidak berubah sama sepertimana sesi yang lepas . Pengecualian yuran tahunan sebanyak RM60 kepada pelajar-pelajar lama.
Sekian. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan.

Ikhlas daripada
Pihak Pengurusan,
PASTI AR-RAIHAN,Bdr Bukit Mahkota.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Aidilfitri..Maaf Zahir Batin.


Assalamualaikum,

Pihak pengurusan & guru-guru PASTI AR-RAIHAN mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua ibu-bapa pelajar-pelajar PASTI AR-RAIHAN,Bdr Bukit Mahkota. Maaf zahir & Batin.
Untuk makluman,
PASTI AR-RAIHAN,Bdr Bukit Mahkota akan bermula cuti pada Jumaat/18-09-2009 sehingga 27-09-2009.
Sesi persekolahan akan bermula semula pada Isnin/28-09-2009.

Sekian.
Salam Hormat.

Pihak Pengurusan,
PASTI AR-RAIHAN,
Bdr Bukit Mahkota.